HEE Garden’s nyonya think we’re crazy

After a sad entry yesterday and feel so depress, what a better thing to do then a retail therapy!

This entry will be in Bahasa Melayu.

Alkisahnya, aku ngan Jayu, PM kat iPerintis mula-mula tak plan nak pegi mana-mana pun lepas pegi jumpa tailor aku kat PJ Old Town. Dia nak kecikkan baju dia yang baru beli kat FJ Benjamin cheap sales last week (Main bundle je minah ni beli, tak kisah baju tu padan ke tak dgn pinggang dia yang size bukan size kosong tu).

Macamana tah, sebab kitaorng ni takleh kalau keluar sama-sama, mulalah rasa poket gatal nak shopping. Kitaorang terus turun-naik (5x) kedai perabut, berangan nak decorate rumah (cari alasan nak kemas rumah).

So aku pun jadilah driver dia pegi sana-sini, mula2 kat Jalan Puchong/Kinrara, tup-tup dia cakap nak pegi Sri Damansara, aku pun dah lama tak pegi Sungai Buloh, apa lagi, tekan minyak pecut jelah.

Sampai tengah2 jalan, kitaorg decide nak ajak Naxie (blog dia aku baru setup, berangan nak blog jugak ni), angkut jelah dia. Aku dah 2 tahun tak pegi Sungai Buloh ni, lupa yang flyover dah siap terus sesat kat Bukit Rahman Putra.

Ada jugak orang tinggal kat sini rupanya. Siap ada KFC lagi, hahahaha.

Lepas masuk lubang 2-3 kali, akhirnya sampailah kat Sg Buloh. Aku carilah Happy Garden Nursery tempat aku selalu beli pokok 2 tahun yang lepas, dah takde dah.

Dah jadi tapak kolej UITM. Rupanya yang kecoh hari tu, kat sinilah. Kesian aunty tu, dahlah baru mati, anak dia juallah pulak tanah tu.

Naxie punyerlah peqha’ tak pernah pegi Sg Buluh punyer Nursery, kagum giler ni. Macam Cameron Highlands dia membebel kat belakang. Ayoooo! Lain kali, jangan duduk memerap kat rumah je! Otak tak berkembang tau.

Lepas pusing satu keliling, kitaorang stoplah kat satu Nursery, aku angkut 50 kilo pebble putih aku nak tabur kat garden rumah aku. Tah mcmana budak 2 ekor dah lesap petako pulak. Cari punyer cari, rupanya tengah berangan nak beli pokok bunga nak tanam kat rumah.

Boleh hidup ke you’all? 

Nilah gambar-gambar kitaorg, aku pakai camera iPhone :-


Jayu bersungguh ni tanyer nyonya Hee boleh hidup ke kalau tanam kat dalam rumah


Bunga purple tu kitaorang beli sorang satu, nak compete pokok sapa dulu mampus dulu. Giler tak?


Time aku pula poss dengan pokok bunga


Diaorang follow Nyonya Hee cari pokok yang susah sikit nak mati, maklumlah diorang ni first time tanam pokok bunga

Malam sabtu tu kitaorang tgk ANTM 9, Jayu pun beranganlah nak tiru Saleisha punyer photo shoot kat Tembok Besar Cina. Lompat sana-sini, sampai kena marah ngan nyonya tu. Ting-tong!


Tetap pakai beg kelas ni walaupun pegi beli pokok bunga kat Sg Buloh. Bukan yang kebanyakan OK.


Jayu tengah cari pasu bunga. Dah 2 jam dah ni. Rasa kepam dah ni.


Jayu mula-mula ingat kura-kura tu betul ni. Ting-tong tahap kuasa dua dah ni.


Itik ni berenang mcm real je. So aku capturelah. Next time aku buat water feature kat rumah, aku letak 3 ekor.


Jayu dah ting-tong mcm Mariah Carey, dia ambik iPhone aku nak shoot supaya ranting kayu tu mcm nak korek lubang hidung aku


Tengah2 aku pilih pasu, Jayu suruh aku poss lagi. Aku ketawa tu sebab aku tak tahan tgk Jayu dah tingtong macam ultraman waktu lampu dia berkelip-kelip.


Oleh kerana Naxie tak tahu nak pilih tanah yang mana satu, Jayu pun rajinlah membantu. Tanah baik? Tanah ni dapat pahala lah kot, kalau pakai dia.

Pukul 4.30 barulah kita orang habis shopping kat Sg Buloh. Naxie beli 3 pokok. Jayu beli 2 pokok dan aku beli 3 pokok jugak.Tu je? 4 jam ni. Patutlah nyonya HEE tu menyumpah seranah. Orang lain shopping 4 jam, boleh beli satu lori ni… kitaorang banyak tu je.

Lepas tu oleh kerana Naxie tak makan lunch lagi, aku bawak budak 2 ekor ni pegi Damansara Damai. Jalan-jalan cari makan. Naxie tak pernah datang sini jugak ni. Macamana ni?


Kitaorang stop kat kedai makan Kampung Baru. Cawangan Kampung Barulah kot… Ada McDonald kat sebelah. Kelas jugak D’sara Damai ada McD… 


Jayu dah kepenatan yang teramat sangat.


Naxie melantak tak ingat dunia… tak payah nak control handsome nye dah, memang tak handsome pun


Aku tengah mengepam!

Lepas makan, aku ingat dah habis jalan. Tak lagi. Jayu sambung balik shopping turun naik (3x) kedai perabut. Kitaorang pegi Haus kat D’sara Perdana (sesat lagi ni tapi kali ni sebab Naxie).

Kat dalam Haus, Naxie tengoklah satu sofa ni, dia teringin sangat nak beli sofa tu. Tetapi alangkah malangnya, salesgirl kat situ buat muka taik kat dia sebab dia duduk kat Flora Damansara. Dia rasa jatuh sangat martabat keturunan Sultan Kedah dia.

Dia sentap terus kitaorang balik. Habis cita.

some other thoughts


5 Responses to “HEE Garden’s nyonya think we’re crazy”

  • aida Says:

    seronoknye bebudak kinrara ni outing smlm.huhu..malangnye aku demam…kalau x aku pasti nak ikut nyer..(xkan korang x nak angkut aku kan)..hehehe
    sunyi sepilah nampaknye ehsan smlm…almaklumlah ahli tetap ehsan da gi outing plak…brangan nih sekor2 nak tanam pokok bunga…ok le tu…atleast ade hobby baru…kite tgk sape nyer tangan subur nak tanam pokok bunga tu…hehehe
    next outing nak gi mane plak u ol’s…baguslah skali skale gi outing…asyik terperap jek kat mamak tambahkan dosa mengumpat…leceh lah…hehehe ape2 pun u ol’s,aktiviti bersukan bile plak nak start balik…hehehehe…nway enjoy reading!!!!

    —>>>Gamba aku xde ke u ol’s…hahaha..

  • saleisha Says:

    babe.. nice pix… esp the one with ur pix in.. :p who’s the photographer.. hehehe….

    nyway, nie nama baru aku…

    change plzzzz.. :p

  • perempuan keji Says:

    ha… pokok lavender tu yg korg beli ye… aku punye idup 1 bulan jer… tu pon aku ade green fingers tau…korg wallahualam.. hehe….

  • wahazaextra Says:

    Perempuan Keji,
    Aku rasa pokok tu mati terbakar sebab panas sangat tak tahan dengar mulut hang tu…

  • perempuan keji Says:

    haha cute….very cute…neway, I LIKE!! better korg letak pokok tu dlm toilet….hehe….for real la…

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Blog Widget by LinkWithin
This blog collect statistical data with Statpress SEOlution in the reVierphone Edition!