one wedding and four hundreds camera flash
Pengantin entah ke mana tapi kitaorang tak henti bergambar sakan sesama sendiri, macam tulah keadaannya, apa nak jawab?
Ketipak ketipak ketipung, suara gendang bertalu-talu, purak-purak bingung, hati di dalam bagai dipalu…
Untuk kakak Aril, Zuria dan lakinya, Hafiz; Selamat Pengantin Baru.
Selepas insiden aku tercium pipi pengantin perempuan anak client aku kat wedding in Bukit Jalil, dua tahun yang lepas; aku macam ting-tong je nak pegi lagi acara-acara macam ni.
Tapi, oleh kerana Aril jemput semua kawan-kawan (yang diluluskan oleh Kakak, aku agaklah), jadi apa lagi… sorang-sorang bergayalah sampai tahap maksima, segak berbaju Melayu dan sopan berbaju kurung.
Ada yang pegi beli baju kurung hari tu jugak ni dan aderlah yang tak pernah-pernah pakai baju kurung, terpaksalah menyamar diri.
Lepas balik keje, aku ngan Jayu (bukan girlfriend aku, OK) berangkutan ke rumah Hany di Wangsa Maju untuk acara persalinan. Satu hari ting-tong keje, malam nak bersiap nak pegi kenduri kahwin, rasa macam tak tentu hala je. Jayu apa lagi, tahap nak meletup kalau tengok rambut dia.
Di Dewan Perdana Felda, oleh kerana ada satu manusia yang tak boleh berada di bawah lampu kuning yang terang, Aril dengan suka citanya meletakkan kitaorang semua di belakang dewan. Nanti kalau kena lampu terang2 ni, akan memantulkan cahaya lampu direfleksikan oleh bendasing2 dalam pipi, dagu & hidung.
Tapi malam tu, uoall… ramailah pulak yang aku nampak panculan2 cahaya dari meja-meja yang berdekatan. Siap ada dagu shape macam nombor 4 terbalik ni.
Apalah nak jadi… lain kali kalau nak cucuk tu; biar sempurna; jangan jadi muka tak sudah. Biar satu muka semuanya memancar cahaya keimanan! Ni tak, tang dagu je yang paling bercahaya.
Nak punyer citer, flash camera rupanya bertindak dengan cara yang sama. Apa lagi! Beratus2 kalilah aku petik camera aku tak sengaja.
So kalau korang nak cuba teka yang mana satu? Saksilah aksi-aksi berangan di bawah:-

Naxie dah tahap kebuluran ni! Dinner belum start lagilah ualls…

Nas, kawan karib Aril (my iPhone buddies) & Kak Meen (pertama kali diluluskan oleh Kakak untuk join aktiviti macam ni); Silau je aku tengok muka diorang ni…

Huhei telah mencoret satu sejarah dalam Sejarah Melayu moden, kelihatan sangat anggun berbaju kurung hitam moden. Way to go, janganlah malu!
Kak Meen & Naxie sedang berfikir panjang macamana caranya untuk menyelesaikan masalah remaja ponteng dari sekolah.

Oleh kerana jarang sekali melihat Amy berbaju kurang, malam itu dia cubalah berbaju kurung putih berbunga emas. Lain kali noq, pakai kaler gelap. Nampak sangat sport bra hang tu…

Kan aku dah cakap, Huhei cantikkan? Jayu, sorry… tonight you’re not that pretty…hahahah

Aku tak tahulah aper jadi dengan Amy malam ni, kena badi baju kurung kot!

Kat belakang tu pelamin, tengah bertepung tawar. Biarkan je… kita ambik gambar lagi.

Makanan malam tu, Ikan masak apa tah, Daging merah (sedap), ayam percik & gulai dalca. Yang satu lagi aku tak makan, so aku tak tahu aper..

Aril muncul tiba-tiba, dan hilang seketika kemudian. Aku rasa sebab ramai sangat saingan malam tu…

Nak tunjuk lengan ke atau sajer je nak distract dari fokus kat benda lain. uall? Faham2 jelah…

Makanan lagi…

Dah habis makan, kitaorang bergambar lagi…

Jayu, tak yahlah… tak cantiknyer kau malam ni… aku dah cakap, tengok kulit Huhei tu… flawless..

Akhirnya malam itu, mereka berdua telah mencapai kata putus untuk menyelesaikan masalah ponteng sekolah itu.. tapi aku dengar cerita keluar dewan konfrontasi balik ni…

Perasan tak kat meja belakang tu, walaupun dalam gelap, panculan2 (bukan pantulan ok) boleh kelihatan lagi ni dari jarak beberapa meter.

Aida mengayakan baju kurung koleksi terbarunya; kat belakang lagi nun.. nampak tak cahaya panculan?

Aku ngan aril; aku rasa aku nak buat hidunglah… at least senyum tu aku rasa dah macam Abg Khir.

Datuk clone Abg Khir & Datin clone tah aper tah

Jayu kelihatan cantik malam itu tapi kurang sikit daripada Huhei

Ada rupa Khir Toyo tak?
Camera out of battery, so tak sempat nak ambik gambar dengan pengantin.

June 3rd, 2008 at 3:46 pm
meletup u ol’s….
huhuhuhu
meriahhhhhhhhh
dewan yg bagus coz ade sm****g bay…..
June 3rd, 2008 at 3:48 pm
mkn bnyk smlm u ol’s
kebulur nyer pasal…
dlm pade lapar tu, bz bergambar sane sini
almaklumlak rase meriah coz sume dtg ngan baju kebangsaan…mane leh lepaskan peluang yg ade…so sume poser…….
hehehe
aydas last thought..3 series
June 4th, 2008 at 12:42 pm
kalau huhie nmpak penuh kejelitaan aku bior la nampak penuh ngan keseksian…heheheh baju jarang nampak BRA …eehhh sport BRA hahahhaha
June 4th, 2008 at 4:10 pm
Hahahahaa…. itu biasa… yg lebih gaya memang lah org datang… tuan rumah dah ada cameraman sendiri…kan kan kan!!!
June 4th, 2008 at 4:53 pm
Ayda;
Nak harapkan hari biasa, haram nak pakai baju kebangsaan…
Ammey:
Tak sesuai
Abg Bear;
Betul! Betul! Meja kitaorang bercahaya tak henti; Org lain pakai Digital SLR so takdelah flash…
June 4th, 2008 at 10:13 pm
ewah ewahh..seronoknye u olsss..sayangnye aku n k LiZa takde(baru sampai frm JB so x smpat nak gi)..klu tak musti Nuhi n Ammey ‘tenggelam’..heheheh…harus akula yg paling MaLatoPPP si gadis ayu..gituuu
hehehehe
June 6th, 2008 at 8:12 pm
“Tapi, oleh kerana Aril jemput semua kawan-kawan (yang diluluskan oleh Kakak, aku agaklah),” seperti yg aku jangka…patutla aku tak tau korg g mane….aleh2 ariel tanye aku tak pg ke….yela aku tak setanding…hehe…anyways….watever….
p/s: teteyi tlg tgk aku punye blog (amomentwithgravity.wordpress.com)tel me wat else i shud do….buta IT la…