ku dayung sampan ke tengah tasik
Pada mulanya niat untuk berkayak dah berkubur sebab dah penat yang teramat2 sangat; tapi oleh kerana Along mengelupur dan menjerit2 “Aku nak jugak! Aku nak jugak!”; tercapailah juga hajat dia petang tu…
Lepas makan kat Alamanda, sekor2 muka mcm toya je; mana taknya ader yang dah beli jam, beli baju, beli seluar pendek, beli itu dan beli ini; Kaki pulak dak ala-ala mcm popeye lembik tak dapat makan spinach.
Kalau tak kerana kereta Along dan Jayu park dekat Pusat Rekreasi Air, dah confirm aku balik Puchong dah petang tu; Singgah je kat situ, Along melompat terus ke kaunter;
Abang yang jaga basikal dah ader balik kat Pusat Rekreasi tu; so aper lagi – ke tasik jugaklah semua orang.
Kayak – RM8 dan Sampan yang muat 3 orang tu RM15;
Sebab camera dah full terpaksalah pakai iPhone punyer camera – so quality outlah sikit.

Nuhi ketakutan sebab Jayu melompat masuk je! menjerit kitaorang sampai semua orang kat situ tengok kitaorang

Along buat lawak, dia dok kat belakang tapi naik dulu – abang tu (hujung kanan) suruh dia turun balik;

Last sekali aku mendayung rasanya waktu banjir kat kampung 15 tahun dulu; punyalah kekok sampai berpusing-pusing sampan tu nak pegi ke depan

Along & Hana mendayung kayak sambil di perhatikan oleh orang ramai

Ni aksi bila Along ngan Hana langgar kitaorang; Nasib baik tak terbalik…

Along & Hana sangat cekap mendayung sampai berpuluh kali nak langgar kitaorang

Aku mcm biasalah tak pandai2 nak mengemudikan; Sekejap ke kiri, sekejap ke kanan

Jayu menikmati suasana di tengah-tengah tasik

Along ngan Hana sekali lagi cuba melanggar kitaorang – tak habis2 ni;

Lepas tu kitaorg tersasar ke beberapa pulau di tengah-tengah tasik

Jayu mcm biasalah – tak habis nak bergambar

Jayu berlatar-belakangkan Taman Botani

Jayu lagi

Nuhi berlatar belakangkan Taman Botani; (waktu ni Jayu pulak bertukar nak mendayung)

Selepas mengelilingi lima pulau dan dihalau oleh orang memancing dan jugak disuruh balik oleh abang yang bawak speed bot;

Jayu pun mendayunglah pulang

Akhirnya kami sampai jugak.. penatnya tak yah cakaplah…

Aku berlatar belakangkan Istana Melawati;


August 1st, 2008 at 2:14 pm
Excuse Meeee!!!! korang yg slalu nak langgar kitowang…… ewah2…. nway, best ah… aku duk je, along yg kerah sume tenaga die… hehehe…. jom brxtvt lagi!!!!!
August 15th, 2008 at 7:12 pm
Dapatlah jugak bersampan berkayak kan.. pengalaman 15 tahun sekali… best tu, muka pun nampak macho sangat
May 2nd, 2009 at 10:22 am
Joint Photography Camp pada 23 dan 24 Mei 2009 di Taman Wetland Putrajaya. Yuran penyertaan hanya RM40 termasuk makan, sijil penyertaan dan khemah penginapan. Berminat hubungi saya 017-6897264