kelam malamku ditakluk terang mataharimu
You may need to read the previous 4 to understand it, here are part 1, part 2, part 3 and part 4.
* * *
Kelopak mata Cah terbuka perlahan, silau cahaya putih menerangi seluruh ruang pandangan.
Telapak tangan menongkah ke lantai berpasir putih. Ditarik kaki bogel tiada beralas. Kepala ditegak mencari kelibat yang mungkin melintas di hadapan.
Cah sesat dalam kesik ketiadaan bunyi. Semua nada beranjak terdiam menyepi. Berkelip matanya menghitung ruang. Ditarik lutut rapat ke dada. Tangan memeluk ketakutan yang berpacaran di wajah.
Kejuahan dia meneka pandang. Mulut berkamit berkata tiada.
“Cah” Jemari kasar menyentuh bahu Cah.
Paling Cah membuang pandang. Izat duduk di belakang membelai rambutnya basah terurai ke bahu.
“Ija’ pergi mana?” seru Cah penuh kebingungan.
Izat bangun, melangkah perlahan menjauhi Cah. Perlahan Cah bingkas mengekori.
“Ija’” Cah memanggil lagi, diendah tidak Izat jua.
Cah kaku berdiri, menyedari sesuatu. Dipandang sekeliling.
Kosong. Kelam di belakang menghampiri menakuti jiwa.
“Cah” Izat rapat di hadapan Cah, merenung ke anak mata yang semakin kacau.
“Sampai sini sahaja” Genggaman jemari Izat perlahan menyentuh tangan Cah.
Sukar untuk hati merelakan hati untuk meninggalkan Cah di situ. Sudah tertutup pintu hidup buat Cah pastinya.
“Ija’ nak pergi mana?”
Izat menggeleng kepala. Menunding jari jauh di balik Cah.
Pandangan Cah kelam. Tertarik nyawanya ke pangkal dada.
Kabur pandangan melihat Izat mendodoi bayi di pelukan. Renungnya bergeming menjauh pergi.
* * *
Hadi memeluk erat kuyup tubuh Cah dibasah air laut.
Orang ramai berdiri sekeliling memandang sunyi. Cahaya lampu-lampu suluh terang melakar di gubuk-gubuk pasir.
Bersimpuh dia mengoyang tubuh kecil Cah. Memandang ke raut wajah yang terdiam sepi.
Berjuta warna melarik pelangi di hatinya. Malam seakan ditakluk terang matahari kan jua kembali di hari esoknya.
THE END
Tertutup Sudah Pintu, Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi Dari Hidupku
Kuharus Relakanmu Walau Aku Tak Mau
Berjuta Warna Pelangi Di Dalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada Lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak Aku Terdiam Sepi
Dengarlah Matahariku, Suara Tangisanku
Kubersedih Karna Panah Cinta Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku Puisi Tentang Hidupku
Tentangku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu

