snippet, the book I’m writing…

It take me almost 5 days back in February to write this part but it was one of the most chilling moment that require a man like me to imagine this sort of thing.

I know it probably not as detail as I wanted it to be and I’m still stuck with a few more chapter to finish it… but why not let you guys judge it; for those who have experience this sort of thing, very much welcome;

(the dialog here is in Kelantan accent)

*                *                    *

Ajá, Kak Dah ingat baik mu telepon ambule” bisik Rashidah, jururawat desa yang biasa dibahasa orang kampung, Kak Dah.

Kalu gitu, Ajá telepon” Razak mengeluarkan telefon bimbit dari dalam kocek seluar. Dia berdiri di jendela kayu memandang langit Maghrib yang semakin habis.

Sulaiman yang sudah berbaju melayu, duduk di atas kerusi bersebelah Sopian yang berkopiah putih. Berdua mereka baru sahaja di hantar balik Pak Ngah Ismail dari surau.

Kedua-dua memasang mata, memerhatikan Razak yang berlegar-legar di tengah-tengah rumah.

Di luar rumah, sudah gelap.

Kelam.

Ajá, Esah….” laung Habsah, jiran sebelah rumah.

Bakpo Mak Teh?

Razak bergegas ke dalam bilik, diikuti Sulaiman dan Sopian. Berdiri kedua anak itu di depan pintu bilik, memerhati Salini di sisi kepala ibu.

Razak duduk bersebelah Aishah, memegang erat tangan kanan isterinya.

Bawok ngucap, Esah” Habsah yang duduk di sisi Salini berpesan kepada Aishah.

Wajah Aishah berkerut, menahan kesakitan, pahanya dikangkang luas. Cepat-cepat dia mengenggam tangan Razak kuat.

Mengerang.

Sakit teramat, tiada gambaran lakaran.

Jeritan batin.

Makin kuat tangannya mencengkam. Dada terasa berat. Nafas terasa pendek. Perut pedih kesakitan. Semua otot kaki yang dicangkung kejang. Pipi berkerut seribu.

Mulutnya tak henti menyebut nama Illahi.

Teghé sikit jah lagi, Esah…” Rashidah membongkokkan diri, simpuhnya beralaskan plastik. Tangannya bersarung. Sesekali menggalak Aishah yang terbaring bersungguh-sungguh menumpu perhatian pada kandungan yang akan dizuriatkan.

Muncul kepala.

Terkoyak.

Air melimpah.

Salini kelu. Tangannya tercelup ke dalam air suam, cepat di alih. Diperahnya tuala kecil Good Morning. Dahi ibu dibasah terus ke hujung rambut yang mengerbang di atas bantal.

Diam.

Jeritan yang menyiksa. Kesakitan.

Memuncak.

Seluruh kampung memekup telinga.

Aishah! Aishah! Aishah!

Bagai seluruh yang ghaib menyebut nama yang itu. Seakan semua kata hanya berbisikkan nama isterinya.

Razak cuba mengerti keperitan isterinya.

Koyak lagi.

Aaaargh! Arrrrrrgh!” bunyi si kecil keluar dari celah kangkang Aishah.

“Sufiat” bisik Razak memerhati wajah bayi lelaki yang disambutnya dari pakungan Rashidah.

Anok jaté, Esah” bisik Razak ke telinga Aishah. Dicium dahi anak lelakinya yang ketiga itu. Diletak ke sisi Aishah.

Aishah berpaling lemah.

Matanya yang kuyu memandang bayi berbekung kain putih.

Sufiat, Assalamualaikum” Kata-kata terakhir dari Aishah. Matanya terpejam.

Nyawanya terlucut.

Dia kaku.

Esah! Esah!” Razak terkejut.

Panik.

Peluh jantan mengalir dari celah urat rambut terus ke dahi.

Bayi di sisi meraung.

Semua mata memandang.

Salini mengoyang-goyangkan tubuh ibunya tidak mengerti.

Sejuk sekali.

Gegak gempita.

Jeritan dan tangisan.

Razak, Salini, Sulaiman, Sopian.

Arrrrggggghhhhh! Arrrrggggghhhhh!

Sufiat pun sama.


to “snippet, the book I’m writing…”

Leave a Reply

CommentLuv badge
Blog Widget by LinkWithin