awangan
New short story, first episode – title Awangan, let me know what do you think?
—–
Jehan berjinjingan, lincah mengatur tapak mengelilingi Mumtaz yang tunduk bersimpuhan di lantai bercorakan.
Dia melompat-lompat melangkau garis-garis berkotak terukir pada putih lantai berbunga halus berlingkaran.
Sesekali Mumtaz berkalih, memandangnya asyik.
Mengalunkan jemari halusnya ke hujung telinga, menyelak hujung rambut jatuh melepas ke wajah.
Terserlah alis mata, ayu membalas senyum, menarik perhatian.
Berhenti Jehan di depan si gadis kecil yang kembali leka melakar di kertas putih.
Batang-batang krayon pelbagai warna berserakan, dicapai Muntaz satu persatu, berselisihan ganti.
Tunduk Jehan mengintai apa yang dilakar si manis, kawanan barunya. Berkalih dia, kiri dan kanan cuba meneka apa yang dilukis Mumtaz. Si gadis manis berambut ikal ke bahu itu jua tidak henti cuba menghalang pandangannya.
“Mum, bagilah Han tengok” rayu Jehan.
Mumtaz mendongak, merenung ke dalam hitam anak mata Jehan.
Menjeling tanpa sepatah kata.
Jehan mengejek, merapatkan kedua ibu jarinya ke pipi dan mengerakkan jemari laju. Terus dia melangkah menjauhi Mumtaz.
Lampu kuning suram indah berjuntaian dari siling melakar kosong bayang Mumtaz ke lantai. Bunyi pancutan air dari kolam pancuran hiasan di tengah ruang istirehat beralunan merdu. Sinar cahaya petang pudar dihalang kaca berukiran pelbagai warna memenuhi tingkap.
Jehan bersandar ke dinding, menghitung warna-warna tersirna di matanya.
Mumtaz di hadapan leka. Dihabiskan lakaran, sesekali memandang Jehan yang duduk asyik memandang ke sekeliling.
Dihitung riak wajah Jehan.
Dia menongkah badan, menarik kakinya beralas paha dan duduk membilang batang-batang krayon.
Satu persatu diletakkannya ke dalam kotak kecil berukiran halus. Dicapai lukisan di lantai, menongkat tangannya ke sisi, bangun dan melangkah menuju ke arah Jehan. Terus dia duduk di sisi Jehan bersebelahan, bersandaran ke bahu.
Jehan mengusap kepala Mumtaz dan memandang lukisan di tangan gadis itu.
‘Mumtaz sayang Jehan’ terlukis indah berlatar belakangkan Taj Mahal.
Pintu bilik terbuka perlahan, menerjah terang siang ke wajah Jehan.
Berdiri di pintu seorang wanita.
“Jehan, buat aper sorang-sorang dalam gelap ni?”
Jehan memandang ke sisi, Mumtaz dan ruang indah Taj Mahal hilang dari pandangannya.
—–

January 20th, 2009 at 7:03 pm
huhu…bagus cerita ni…bahasa memang tinggi..penggunaan ayat penuh dengan rima dan susunan kata yang menarik.
hurm…mumtaz tu imaginary friend jehan ka? hoho…suspen~
ashabulz´s last thought..tag tag
January 20th, 2009 at 7:05 pm
ashabulz… not telling you yet… this is 5 episode continuous entry; for now.. you can take it as that…
January 20th, 2009 at 8:53 pm
“di sini tempat(read: ur blog) yang indah dan tenang”, tanahnya dilatari kreativiti dan resah seorang seniman”
“setiap karya sastera yang baik pada hakikatnya adalah kisah berkecamuknya fikiran dan pandangan orang yang tidak malu-malu mengakui siapa mereka sebenarnya” if not mistaken quote from A Samad Said. What do u think?
January 20th, 2009 at 10:32 pm
Ida, hmmmm thanks – rasanya kot, mcm pernah dengar. I’m a twisted mind guy.. this story.. look nice and sweet but you’ve to wait for episode 2 and 3, it’ll be get really weird.
January 21st, 2009 at 12:40 am
[...] terukir pada putih lantai berbunga halus. Sesekali Muntaz berkalih … Excerpted from:awangan Tags: dieting, download, elizabeth-bathory, games-dan-tools, halaman-muka, Manga, news, opinion, [...]
January 21st, 2009 at 9:40 pm
setia menunggu episod seterusnya…
AJ´s last thought..sama tapi tak serupa…
January 22nd, 2009 at 10:51 am
AJ next week yeah, or over the weekend… tgh dok pening lagi baca episode no 2 ni.. tak berani nak publish lagi… tak pasti reader boleh accept ke tak approach mcm tu..
January 27th, 2009 at 4:45 pm
[...] is a second episode of awangan short story, you’ve to read the first episode (a [...]
February 3rd, 2009 at 3:10 pm
[...] some of you who haven’t read yet the 1st episode and 2nd episode, very much welcome to read it first to understand the whole [...]
February 6th, 2009 at 6:26 pm
[...] some of you who haven’t read yet the 1st episode, 2nd episode, and 3rd episode very much welcome to read [...]