resahku sesak di dalam

n824829258_762975_4161The final episode of awangan.

For some of you who haven’t read yet the 1st episode2nd episode, and 3rd episode very much welcome to read it.

Warning: Please be aware this Malay short story series is a twisted-suspense-thriller, this episode may answer what’s actually happening at the end of 3rd episode.

All story here are written by me. Somehow, the Malay words in this story are a bit complicated, a multiple time read can make you really understood the whole story. 

—-

Kalut fikiran mula berseloka di minda. Jerkah tawa, tangis hiba berjongkang-jongkit silihan ganti. Pandangan bersergahan. Tiada lagi dapat dia menentu yang mana satu benar mahupun khayalan.

Darah di tangannya hilang sekelip mata, Jehan dirinya lenyap sekelip mata. Digerakkan mayat gadis kecil terkujur di kakinya.

Mumtaz bingung. Nafasnya sesak. Terkebil mata memandang persekitaran. Tiada tahu lagi di mana kepala jua ekor hidupnya.

Dia bingkas dari kusam bungkam perasaan. Mencari teguh jiwa. Mempersoal apa yang ketentuan di dalam hutan kelapa sawit itu.

Disimpul rambut mengurai ke bahu. Berpusing-pusing dia mengelilingi mayat Suri, menghitung apa yang perlu dilakukannya. 

Mumtaz tunduk membelek-belek tubuh kecil patah riuk dikerjakan buas manusia di dalam dirinya. Dicapainya pergelangan tangan Suri, lebam kesan ikatan.

Perlahan diheretnya ke pangkal kelapa sawit. Titisan airmatanya mengurai ke pipi sambil tangan menutup telanjang Suri dengan pelepah sawit. 

Mumtaz menghela nafas lanjut, cuba mengerti iblis dirinya.

*      *      *

Terjah air menerpa batu-batu deras. Mumtaz meniti licin batu sambil memimpin tangan Jehan di belakang. Seluar labuh ke buku lali basah ke paras lutut.

“Hati-hati Jehan, nanti jatuh” pesan Mumtaz.

Jehan mengenggam erat tangan Mumtaz menuju kolam air terjun di tengah-tengah jeram. Cahaya matahari tenang berpantulan pada permukaan deruan air. Lelumut hijau lunyai dipijaknya.

“Mum, jauh lagi ke?” risau di wajah Jehan jelas.

“Depan tu je” Mumtaz melangkau satu batu besar diekori Jehan.

Mumtaz berdiri di atas batu, melontarkan badan melompat ke dalam tenang takungan air, berpercikan menyimbah air merata. Jehan ketawa kecil memerhati kawannya itu hilang ke dalam genangan air. 

“Terjunlah” Mumtaz muncul di permukaan melambai tangannya pada Jehan. Hujung rambutnya mengerbang berselerakan di permukaan.

Jehan perlahan memusingkan badan terjun ke dalam air sambil tangan mengimbangi tubuh kecilnya. 

Hilai ketawa mereka memecah kesunyian pagi. Bergurauan senda kanak-kanak ria.

Mumtaz menghampiri Jehan. Diusap rambutnya yang basah dan bersandaran bersebelahan Jehan. 

“Mumtaz sayang Jehan” bisiknya ke telinga dan mencium pipi Jehan.

Jehan terpinga penuh asing, memandang pelik apa yang diucapkan Mumtaz. 

Wajah Mumtaz bertukar kemerahan.

Dia keliru, perasaan yang dipendam selama ini dingin sahaja balas Jehan. 

Sayang perlu dibalas sayang lumrah fikirnya. Kenapa perlu Jehan jua membisu tanpa jawapan. 

Semerta dicapainya kepala Jehan. 

Jehan mengapai tangan, menghalang.

Mumtaz sekuat kudrat tenaga dan amarah, berkali-kali menghentak kepala Jehan ke batu.

“Mumtaz sayang Jehan” laungnya berulangan kali.

Jehan terkulai dari tangannya tenggelam ke dalam merah air.

*      *      *

Surat khabar diletakkannya perlahan. Disikat rambut yang mengurai ke bahu, tiada henti. Memandang asyik rupa parasnya.

Dia mengukir senyum. Mengerling ke arah tajuk utama akhbar.

Suri, mangsa ke-5 pembunuh bersiri ditemui

Mumtaz merenung Jehan dirinya di dalam cermin.

“Mumtaz sayang Jehan” terucap ayu di bibirnya kepada Jehan.

Mumtaz menitis airmata, resah Jehan dirinya sesak di dalam.

—-

TAMAT

word of mouth

  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Twitter
  • Google Bookmarks
  • StumbleUpon
  • Technorati
  • BlinkList
  • Tumblr
  • LinkedIn
  • Print

some other thoughts


17 Responses to “resahku sesak di dalam”

  • inah Says:

    huyoooo..suspen gile..skizofrenia rupanya mumtaz n jehan ni..takutnya

    but..in a way, membaca cerita n boleh membuatkan inah takut..means its good..

    thumbs up to u :)

  • AJ Says:

    japppp…
    perenggan akhir tuu pening sikit…
    fhm tp ada yg tak fhm…

    takut laaa tgk mumtaz tuuu

    AJ´s last thought..tak nak tapi nak jugak!!!

  • wahazaextra Says:

    Inah, thanks! This is my first time writing suspense-thriller story; Glad you scared;

  • wahazaextra Says:

    AJ, Mumtaz tu dia skizofrenia, mcm Ina cakap. Bila dia tgk cermin, refleksi dia dalam cermin bukan Mumtaz (pompuan) tetapi sebaliknya Jehan (lelaki). Jadi dalam ep 1, ep 2, ep 3 tu semua apa yang dia buat (tapi sebagai Jehan – dalam fikiran dia). Tu yang dia senyum balik. Dlm ep 3, tu yang dia tgk dalam lopak air, dia nampak diri dia sebenar iaitu Mumtaz.

  • ashabulz Says:

    erk…gila cuak kalau ada orang macam ni…dua perwatakan yang berlainan jantina…*gulp

    very nice bro..jantung saya suspen macam nak pecah dah…janganlah ada orang macam ni..wawawawa..

    5 stars to you!!

    ashabulz´s last thought..MajLis KahwiN jaNnaTuNNaiM

  • kak teh Says:

    Insyaallah kak teh akan baca dari mula. Nak kena belajar juga cara menulis cerpen nih!

    kak teh´s last thought..Winter nostalgia: When the snow melts…

  • wahazaextra Says:

    Ashabulz; thanks 5x; was excited reader love it;

  • wahazaextra Says:

    Kak Teh, to be truth I really get a lot of inspiration from Kak Teh writing.. hopefully able to write in English soon;

  • AJ Says:

    tp mumtaz tuu bkn khunsa, kannn??? (tetap nk tanya ni!!!)

    abis tu, camner masa dia rogol suri??? aiyoo, maap ler, daya imginasi cheq ni kurengggg sikit… hehehe

    AJ´s last thought..merisik khabar

  • wahazaextra Says:

    AJ, bukan khunsa; Jehan tu imaginasi Mumtaz; pasal rogol tu; dia bunuh je Suri, tapi imaginasi dia Jehan yang rogol;

  • ida Says:

    mula-mula baca payah juga nak paham. i regard ur cerpen as karya sastera moden bercirikan transcendental, pemilihan kata yang indah dan menyentuh naluri, keindahan bahasa yg u gunakan menunjukkan keyakinan u terhadap bahasa Melayu, tapi ada penggunaan “aper”, “punyer” sedikit mencacatkan. saya enjoy sgt baca karya ni, otak saya berkecamuk mencari jwpn, dan semua persoalan terjawab bila baca komen-komen. Looking forward for ur next masterpiece!!!

  • Putubambu Says:

    ada part yg paham..ada yg tak..sib baik Inah explain… skizofrenia rupanya..

    best citer ni..tak sabar nak tau endingnya…

    good one bro..!

    Putubambu´s last thought..Mr. X…

  • wahazaextra Says:

    Ida, thanks for the positive comment; penggunaan perkataan aper, punyer – kind of a mistake… hihi.. however.. I’m try to be contemporary writing especially on dialog side; but next will try not to make it to obvious;
    Me 2, looking forward for the next story to be publish next week;

  • wahazaextra Says:

    Kak Putu, itulah.. maybe agak mendalam kot.. storyline tu, next time will improve on it; even Josh pun tak paham till I explain to him this afternoon; like.. the lady on the first episode, is actually Mumtaz herself who open the door, simbolik nak represent that she actually opening her mind up and questioning the thought in her mind about Jehan and the way how easy Suri was following Jehan, bcoz Suri talk to a lady not a man;

  • Putubambu Says:

    wahaza..awak kena tagg ngan saya…

    Putubambu´s last thought..Tanda-tanda..Apa.. Bila.. Bagaimana?

  • Juless Says:

    Hello

    Just came across your story while researching for Malay stories online. I must say that your writing of the short story is top-notch, very engaging and had me enthralled to the end.

    You should think about making the story into a long form telemovie, it has good potential.

    Looking forward to your next stories.

  • wahazaextra Says:

    Juless, thanks.. looking forward to publish the next story soon;

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Blog Widget by LinkWithin