pasrah lara ketentuan ini

WARNING: The content below might be offensive.
Rubi membetulkan bantal yang mengalas kepala. Sugul memandang cahaya kuning terbias dari celah lubang-lubang kecil menghias lampu tidur di sisi katil.
Ditepuk perlahan melengkung keluk di permukaan bantal. Dialih kepala menutup kiri telinga. Dilapik telapak tangan ke pipi. Lutut berlaga menyilang terselindung di bawah selimut.
Hati meronta merindui, menitis halus air mata membasah. Tiada lagi sanggup menyembunyikan hampa bermain-main dibenaknya.
Disentuh hujung jari, mengesat gegenang yang mahu menitis lagi.
Ditarik gebar, menutup dada. Ditahan esak. Sejuk larut malam mencengkam belikat. Bahu digerak-gerak mencari hangat malam.
Rubi bernafas perlahan, menarik sekeping gambar dari bawah bantal. Remuk bercarikan seribu diratanya. Disentuh hujung jarinya pada wajah yang semakin lusuh pada gambar itu.
Saat manis terkenang kebahagiaan, jua nestapa hidup juga datang menghitung balik. Dia tahu sukar yang akan mendatang, ada jua lebih bahagia dari menempuh hidup sehari bersama.
Rubi tekad.
Tiada lagi sanggup membahagi yang ada suka di antara yang ada duka. Akan jua sama sahaja akhir jawaban.
Air mata menitis lagi. Perasaan Rubi terseksa. Tiada dia mahu persoalan betul atau salah.
“Rubi sayang, sabar ya..” suara garau itu terngiang di telinga. “Bukan lama abang pergi”
Sedih dipenuhi kecewa penyesalan.
Diramas gambar, mencengkam jari jemarinya rapat. Tangannya meraba-raba di celah bantal.
Tiada lagi mahu beralasan akan kesabaran yang bertahun lama diduganya.
Guruh menerpa sekilas pantas petir menyabung menerangi di luar tingkap. Awan hitam yang berarakan jelas terbias dari rintisan hujan. Deru angin yang bersiulan dari celah-celah tingkap mengalun langsir putih.
Sejuk malam terasa di wajah. Putih mata Rubi memandang langit siling, asyik membilang pusing bilahan kipas berputaran.
Kusut mindanya tiada ketentuan. Genggaman tangannya kukuh. Luka hati akan sembuh jika sebegini dilakukannya.
Rubi bingkas berpaling ke sisi. Pisau ditangannya dijulang tinggi.
“Abang, maafkan Rubi” bisiknya perlahan, pisau berkilauan diterjah ke badan yang lena berdengkuran di sisi.
Berkali-kali. Tiada henti.
Rengus suara lelaki itu tidak dipedulikannya, ronta perit tidak dikisahkannya lagi.
Dicapai Rubi, bantal yang terlakar palitan darah. Muka lelaki itu ditekap kuat. Perlahan lenyap raungan sengsara yang menganggu telinganya.
Rubi menarik nafas lega, mengalih bantal.
Dia pasrah pada lara ketentuan itu. Memandang bisu wajah suaminya bernyawaan buat kesekian kalinya.
bersambung…
- The crazy psychotic story is back! Watch out for Episode 2;





July 30th, 2009 at 1:21 pm
[...] 2nd episode of the new story ‘Ketentuan‘ will be uploaded [...]
October 14th, 2009 at 6:19 pm
[...] continuing story from the 1st chapter that was supposedly due very-very long time [...]
October 23rd, 2009 at 7:37 pm
[...] The 3rd episode, the continuing story from 2nd episode & 1st episode; [...]
January 2nd, 2010 at 3:02 am
[...] final episode of ‘Keselingkuhan Hawa’; you’ve to read Episode 1, Episode 2 and Episode [...]