hati ini telah berganti…

n824829258_1626927_1605843
The continuing story from the 1st chapter that was supposedly due very-very long time ago…

——--

Laungan azan subuh sayup membisik dari luar tingkap jeriji besi. Fajar mencarik lakar putih bak sutera di langit timur. Kekokok ayam terbiar sunyi dari pagi Jumaat itu, seakan tahu isi hatinya.

Rubi membetulkan kain putih yang pernah mengalas badan Dani, kini erat membalut rambutnya. Janjinya, tiada lagi genang yang akan mengalir dari alis mata.

Telekong dikenakannya ke kepala, menutup ke paras dada. Rubi mengangkat takbir, berhenti di telinga. Jenuh mencari khusyuk bertagihkan keampunan yang dia tidak pasti keberapa kali.

Sudah tidak perlu lagi dia menghitung, kerna pasti ini yang terakhir diburunya.

Rukuk. Sujud. Silihan ganti. Lama sekali. Salam. Kanan dan kiri.

Terpandang wanita beruniform di pintu. Rubi senyum meraut wajahnya.

Waktu membalas mati.

“Akak, kita dah lambat” sapa wanita tersebut.

Rubi bingkas. Dilucutkan telekong dan dilipatkannya cepat-cepat di atas tilam.

“Akak tak makan?” tanya wanita itu melihat dulang plastik berisi makanan pilihan Rubi yang tidak terusik.

“Kak Rubi dah takde seleralah, dik.” balas Rubi menuruti wanita itu melangkah menuju destinasi terakhirnya.

Rubi tenang, mungkin sudah tiada guna lagi memberontak. Semua sudah ada jadinya, mencatit dalam hukum dunia, salahnya sudah terbalas.

Tiada lagi dendam yang perlu membakar di hati. Tiada lagi perlu sabar menunggu. Mungkin di sana, seksa harap pedihnya tidak melebih.

Pintu bilik kecil di hujung lorong, dibuka wanita di depannya. Hangat angin menghembus, sejuk jua ke tulang belikatnya.

Rubi tidak sabar. Mengangguk senyum memandang buta barang siapa di hadapan.

***

“Atie, jaga Dani baik-baik ye.” sebak di hati Rubi tiada tertahan melihat raut wajah Dani di sisi wanita di sebalik kaca di hadapannya.

“Rubi jangan bimbang, pandailah akak jaga dia” mata itu mengelak dari saling bertentangan.

Airmata Rubi menitis mengenangkan hari-hari yang akan hilang dari hidupnya membesarkan anak kesayangannya itu. “Daniiii…” jeritnya melihat buat kali terakhir Atie dan Dani, bingkas dan beredar dari bilik itu.

Tiada lagi Dani buatnya. Dia tahu hatinya telah berganti buat Dani.

Bunuh dibalas bunuh, itulah balasan yang perlu ditanggungnya. Waktu akan berlalu, jalan hidupnya akan memburu sesal perbuatan.

Tiada adil untuk Dani harungi bersama.

Dan Atie, bukanlah orang lain. Isteri lelaki yang mati dibunuhnya.

***

Masa seakan beredar pantas. Rubi membuka mata.

Kelam. Wajahnya terhalang. Tali jut berbalut kulit lembut melingkari tengkuknya. Tangannya rapat terikat di belakang. Berdiri dia meraba suasana. Debaran meronta di segenap inci urat badan. Dicubanya mencari tenang agar terhindar takut menguasai perasaan.

“Bismillahirrahmanirrahim, La ilaha ilallah” mulutnya terucap membisik ke telinga.

Rubi hanyut dalam jiwanya. Pintu rengang terbuka luas. Rubi jatuh, lenyap ke enam belas kaki dalam ke bawah. Graviti terhenti. Berat badan menyentap ke lehernya. Jemari halus terbuka menjerit sakit tiada melawan. Hatinya tenang mencari seksa pedih yang berperang di setiap inci fikirannya.

Tulang tengkuknya menyerah kalah.

Badan perlahan akur, akur pada hukuman dunia. Rubi mengucapkan selamat tinggal pada dunia. Melucutkan rohnya dari jasad pinjaman sementara.

Mayat Rubi tergantung. Kaku. Tiada harus berganti hati lagi.

some other thoughts


2 Responses to “hati ini telah berganti…”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Blog Widget by LinkWithin