sakiti hatiku

n824829258_1626927_1605843The 3rd episode, the continuing story from 2nd episode & 1st episode;

—-

Rubi merebahkan kepalanya ke bahu. Dingin di kedua belah kaki merayap perlahan ke betis. Urat-urat kecil sudah mula melakar kasar di buku lali yang putih melepak. Digosok-gosokkan telapak kaki pada lantai berkarpet. Suam panas mula menghangatkan gemuruh yang ada. Terus lenyap terhilang sedih perasaan dengan secebis berita gembira itu. Tidak sabar sekali ingin meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Kalau perempuan, Bi nak namakan Dania” Rubi membelai perutnya yang masih rata. Matanya asyik menatap wajah kekasih hati. “… dan Bi namakan Dani kalau lelaki, ok tak?” sambung Rubi lagi sambil membelai jemarinya pada telapak yang memeluknya erat.

Tangan halus itu menggenggam tangan Rubi dan mengiakan hasratnya selama ini. Pandangan mereka saling, menerpa sunyi suasana. Senyuman mekar berbalas, mewarna ciuman sesama sendiri. Rubi tahu pengorbanan hatinya akan membawa bahagia akhirnya sudah.

Berkongsi bukanlah asing walau perit jua keterpaksaan.

* * *

Semua kenangan manis bersama bagai lenyap begitu sahaja. Dihitung tiada henti apakah salah perlakuannya. Mungkin mengandung kudrat itu telah mengubah segala yang selama ini disangka indah pada tatapan mata.

Tiada sangka percaturan nasib begitu sakit termakan diri.

Dari jauh Rubi memerhati. Persis helang, matanya tajam, asyik melukis di fikiran tiap gelak tawa pasangan suami isteri jauh di hadapan. Jiwa menagih bahagia yang telah dirampas darinya apabila melihat rapat tangan si suami memeluk erat pinggang si isteri. Senyuman yang melakar pada wajah si suami, pedih membakar dengki di pangkal hatinya.

Rubi menyandar di sebalik tiang, air mata kasih menitis tidak henti. Dikesatnya pantas. Sengsara yang makin berat membebankan diri dibuangnya jauh.

Tangan membelai sarat perut bunting 7 purnama. Meratap simpati pada yang dekat padanya. Rubi membelek-belek telefon bimbit, segera dirapatkan ke telinga menunggu jawapan yang sudah dia tahu.

“Malam ni abang balik rumah tak?” Suara Rubi cuba menyangkal jawapan di hatinya. “Tak, sayang…” sebak tersebar mencengkam setiap inci pembuluh darahnya.

Sedih sudah kebiasaan. Cemburu, haram tidak sekali.

Cuma tiada sanggup diperolokkan pengorbanannya sebegitu rupa.

* * *

“Anak ini bukan milik Rubi, abang” Rubi bersandar pada bahu suaminya. “Ini janji abang pada Kak Atie sebagai izin untuk berkahwin dengan Rubi” dilempar jauh apa yang tidak indah bermain di benaknya.

Sudah memang itu percaturan perkahwinannya, tidak sekali dia sebagai madu mengingkar janji pengorbanan yang direlakan oleh si isteri tua.

* * *

Tercungap nafas Rubi menampung berat kandungan. Anak-anak tangga tidak setinggi mana dilangkauinya satu persatu. Tangan kemas memeluk rapat beg tangan di dada. Tiada guna dia berada di situ lagi. Semakin lama semakin menyakitkan hati yang mana masih belum terluka.

Rubi berpaling, menyedari seseorang di belakangnya.

“Mahu ke mana tu, Bi? Kenapa tinggalkan sayang?”

Atie menghulur tangan, disambutnya pantas mencengkam. Senyum kembali terukir di wajah Rubi.

Sakit hatinya segera terubat.

some other thoughts


One Response to “sakiti hatiku”

Leave a Reply

CommentLuv Enabled
Blog Widget by LinkWithin