kita jatuh cinta
Biasanya tidak semua perkara yang kita rancang akan berlaku. Mungkin kerana nasib belum lagi menyebelahi apa yang kita hendakkan.
Namun, jangan pula kita persoalkan hati dan perasaan ini, entah mengapa, apa yang selalu kita mahu bukan milik kita jua akhirnya.
Mungkin lebih baik kita lepaskan saja…
Walaupun semua ini tidak adil bagi kita, maka tidak adil juga untuk kita bertanya jika kita akan mencintai.
Seharusnya tidak adil juga, jika kita tak pernah cuba untuk memahami cinta yang ingin kita ucapkan tapi tidak pula pernah kita tunjukkan.
Mungkin lebih baik kita biarkan saja…
Dan bila tiba saat kita kehilangan cinta dan beban yang tak pernah kita cuba, adakah ringan yang terasa.
Mengakui cinta ada pada kita, seribu kali mesti kita cuba ucapkan bila bersama dan kita pun tahu, cinta harus milik berdua.
Mungkin lebih baik kita jatuh cinta saja…
