tika kau akhirnya kembali pada ku
Tiada jasad merata tidak berhaluan kalau hujungnya hayat sudah ketentuan…
Ada kolek jauh sekali hanyut
ke tengah laut
lautan samudera
tiada arus arah pelayaran
dipukul badai ombak gelombang
sauh entah hilang kemana
terkapai-kapai tiada ketentuan
dan hanya Tuhan
tahu kolek itu umpama diriku
kerna jauh pasti ada cahaya
di sepanjang daratan
berkelipan tiada henti
memancar sinar satu harapan
membelah laut
petunjuk diri yang kian tenggelam
kerna ada di sana hati seseorang
tetap percaya akan diri ini
pada ketika
kita semua akan
berketentuan sendiri
masa dan jua tempat
di mana semua itu berlaku
mampu kita kembalikan
jika hati dan perasaan kita
sama berdua seianya
namun kulihat
kelmarin tetap di depanku
bercerita penuh misteri
bahawa kau sudah berubah
segalanya dan seadanya
dalam doa, bermelodikan irama
kudengar suaramu
buatku bertahan
biar hujan menimpa
biar angin menerpa
jua kan kugapai sampai
kau dalam pelukan ini
tika kau akhirnya
kembali padaku
