Aug 5 2010

Indah – Bab 1

1st chapter of my book, INDAH. Happy reading, don’t forget to leave your comment.

* * *

Hijau. Bergenang. Kelopak mata berkelipan.

Tanah lapang di kaki bukit, hijau dipenuhi rumput. Seri bau tropika kawasan berwangian harum. Titik hujan jatuh ke pipi. Berkerdip mata itu, kehijauan membasah alis.

Indah bangkit.

Deru angin sesejuk salju terjah ke muka. Berlari anak dia, menyusur denai berbatuan kecil. Gigian anak sungai berliku alur dituju. Angin bertiup perlahan mengalun panjang rambut di paras bahu. Berat titisan air hujan jarang di sana-sini mula memecah ketenangan.

Kesejukan gerimis di tengahari itu terasa pada bahu yang terdedah lebar. Indah suasana itu seindah nama.

Hujan tak semena berhenti begitu sahaja. Kalih dia mengadap ke langit. Biru memenuhi ruang. Sinar terik merobek damai. Penambah seri syurga duniawi itu. Kicauan beburung kedengaran dari pohon-pohon rendang berdekatan.

Indah memelodi langkahnya, kembali. Segar bebunga lalang berterbangan tiada haluan ditiup angin. Terpa ke muka bersilihan ganti, putih berdebu menyentuh wajah. › Continue reading


Blog Widget by LinkWithin